Gajet dan Teknologi

iPhone 11 dijual di Celcom

October 03, 2019 Karl 0 Comments




Celcom Axiata Bhd menawarkan produk terkini daripada Apple termasuk iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max selain kamera-dual iPhone 11 di outlet Celcom Blue Cube dan kedai dalam talian Celcom.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Idham Nawawi berkata pelanggan akan menikmati pengalaman digital yang mengagumkan apabila iPhone 11 dan iPhone 11 Pro digunakan dengan rangkaian 4G LTE Celcom.

“Pelaburan kami dalam teknologi terkini dan menyeluruh di tapak menara Celcom LTE akan meningkatkan pengalaman pelanggan yang menggunakan iPhone 11 dan iPhone 11 Pro terkini yang dilengkapi sistem kamera baharu yang lebih canggih, skrin menarik dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

“Digabungkan dengan rangkaian berterusan Celcom yang optimum, kami menawarkan kepantasan data yang lebih tinggi untuk menyokong akses berkualiti tinggi dalam perkhidmatan multimedia, misalnya penstriman video, penghantaran teks, suara dan imej, muat turun muzik atau filem dan permainan masa nyata yang pantas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk keterangan lanjut, layari www.celcom.com.my.

Tarikh kemaskini: 27/09/2019 -- BERNAMA

0 Comments: