Tips & Info

PETUA RUMAH TANGGA: UNTUK ISTERI / BAKAL ISTERI



  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Ruangkan masa yang betul-betul �berkualiti� sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami � rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai � sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
  14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

0 Comments:

Teknik Pernafasan Yang Betul Ketika Melakukan Aktiviti Larian.


Berlari merupakan aktiviti senaman yang paling popular di negara kita. Mengapakah ia menjadi aktiviti fizikal 
yang popular? Terdapat banyak faktor yang menjadikan larian sebagai aktiviti senaman pilihan rakyat Malaysia.

Pertama sekali kerana ia mudah dilakukan. Selain itu ia juga tidak memakan kos yang tinggi. Cukup sekadar memiliki sepasang kasut larian yang sesuai sahaja.

Namun dalam melakukan aktiviti larian anda harus bijak menggunakan teknik dengan betul agar tidak mudah mengalami kecederaan seperti kejang otot, masalah pernafasan dan juga kecederaan kaki.


Antara perkara paling penting buat anda yang aktif berlari ialah bernafas dengan betul. Ia nampak mudah namun jika teknik yang diamalkan salah boleh jejaskan prestasi anda sendiri. Malah jika bernafas tak betul anda juga akan berasa cepat penat dan mengah.

Teknik pernafasan yang betul sangatlah penting kerana ia juga berkait rapat dengan jantung. Apa yang penting anda kena pastikan udara atau oksigen banyak masuk ke dalam badan.

Berikut KITA LARI SAMA SAMA  kongsikan teknik bernafas dengan baik semasa melakukan aktiviti larian.


TARIK NAFAS DALAM

Anda perlu tarik nafas dengan dalam, bukan nafas pendek.

HINGGA PERUT 

Semasa berlari anda perlu bernafas sampai ke perut, bukan hanya di dada sahaja. Dengan amalkan teknik ini udara akan banyak masuk ke bahagian dada.

POSTUR BADAN

Keadaan postur badan semasa anda berlari juga sangat penting. Pastikan badan tidak membongkok. Ini kerana jika anda dalam postur ini dada akan mengecil. Luruskan badan dan buka dada dengan baik.

BERTENANG

Bagi memastikan anda mampu berlari dalam jarak yang lebih jauh pastikan bernafas dengan keadaan relaks. Elakkan bernafas dengan laju.


IKUT HIDUNG

Bila bernafas semasa berlari sedutlah udara dengan menggunakan hidung dan hembuskan menerusi mulut.


TEKNIK TARIK NAFAS
Larian yang efisien adalah larian idaman ramai orang. Jadi untuk mendapatkan larian berkualiti teknik pernafasan memang penting. Gunakan teknik 3 tapak sedut nafas dan 2 tapak hembus nafas.


JAGA TEMPO LARIAN
Jika anda berasa sedikit tercungap-cungap, usahah risau. Itu perkara yang normal berlaku semasa berlari. Jika keadaan ini berlaku perlahankan pace anda dan cuba tarik nafas dengan lebih tenang.


Semoga perkongsian teknik pernafasan untuk larian ini memberikan manfaat kepada anda. Selamat berlari dan sihat!






3 Comments:

Menitis air mata seorang peguam, Syazlin sebak berjaya buktikan kebenaran buat Adib



Disebalik keputusan inkues kematian Muhammad Adib, antara individu yang bertanggungjawab membawa kes ini ke muka pengadilan adalah, peguam keluarga arwah iaitu, Syazlin Mansor.
Sudah pasti pelbagai dugaan yang ditempuh sepanjang mengendalikan kes Adib, kerana itulah dia tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja Mahkamah Koroner memberikan keputusan inkues kematian anggota bomba yang terkorban itu.

Tidak pernah putus asa…

Tidak pernah berputus asa untuk menegakkan keadilan, membuatkan Syazlin berasa begitu terharu dan sebak sehingga dia terpaksa ditenangkan suaminya.
Ketika ditanya media, dia meluahkan rasa syukur kerana kesemua saksi yang terlibat telah berjaya memberikan kenyataan yang benar dan telus.

Jasamu akan dikenang selamanya…

Orang ramai tidak putus-putus mengucapkan terima kasih kepada Syazlin, kerana telah berjaya membuktikan satu kebenaran sehingga dapat membela kematian arwah Muhammad Adib.

Peguam yang terbaik tak pernah putus asa

Terima kasih kerana bertungkus lumus membela arwah

Hari ini, dengan segala bukti yang ada Mahkamah Koroner mengesahkan bahawa kematian mangsa ada unsur jenayah, pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mencari pesalah yang sebenar.
Terima kasih buat semua yang terlibat dalam pembicaraan kes Muhammad Adib, diharapkan suspek berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
Sumber : Harian Metro

0 Comments:

Hiburan Malaysia

Watak Tony Stark digugurkan dari Avenger Kerana Gegar Vaganza?


Yahooo.MG  tak sangka pula Tony Stark ni ada kat Malaysia, haha. MG maksudkan abang Sham Visa yang merupkan vokalis bagi kumpula Visa yang cukup popular pada tahun 90-an. Haa, kalau korang tengok penampilan abang Sham Visa sekarang, mesti korang akan terus terbayangkan watak Tony Stark atau Iron Man.

Tony Start atau Sham Visa sekarang telah terpilih untuk berentap di pentas Gegas Vaganza 2019. Jika dahulu dia cukup popular dengan lagu Dalam Gerimis dan banyak lagi lagu lain, sekarang dia kembali dengan satu penampilan yang buatkan ramai orang teruja selepas lama menyepi.

Haa cuba korang tengok tu. Sama ke tidak? Sama kan? Haha.


Korang juga boleh tengok sendiri komen-komen dalam gambar terkini yang Sham upload di instagramnya yang menunjukkan ramai yang menyamakan Sham dengan Tony.





Cuba korang tengok post terbaru Sham Visa yang ni, lagi sebijik macam Iron Man. Haha







0 Comments:

Hiburan Malaysia

Yazid Search Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Bekas pemain dram kumpulan rock legenda, Search, Yazit Ahmad, 57, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, kira-kira jam 11. 53 pagi tadi.

Perkara ini disahkan rakan baiknya, Ashaari Mohd Nasir menerusi kenyataan kepada media.

Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan HKL, awal pagi kelmarin selepas mengadu sesak nafas dan sebaik tiba di hospital, jantungnya terhenti dan diberi bantuan pernafasan (CPR).

Doktor mengesahkan, Allahyarham mengalami kecederaan otak berpunca daripada kekurangan oksigen dalam badan dan bergantung kepada sokongan mesin hayat.

Keadaan pemuzik yang sudah lebih tiga dekad dalam industri seni itu dikatakan bertambah kritikal sejak petang semalam.

Yazit berdepan penyakit buah pinggang lebih 10 tahun lalu, sebelum diserang beberapa masalah lain hingga kerap keluar masuk hospital, selain menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Awal bulan ini, Yazit dimasukkan ke hospital selama dua hari disebabkan sesak nafas, tetapi dibenarkan pulang ke rumah sebaik rawatan.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi di Taman Melati untuk disolat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah, Taman Selasih.

Allahyarham meninggalkan isteri, Ramlah Ahmad, 59, dan tiga anak iaitu Razilah, 38, Shahmirnuri, 34, dan Shafiqa Nurli, 29.

Sumber : Berita Harian Online

0 Comments:

Tips & Info

Khasiat kacang gajus

Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus.

Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek.

Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit.

Dalam satu ujian percubaan intervensi manusia yang diterbitkan jurnal pemakanan Nutrients baru-baru ini, pengkaji di Perkhidmatan Penyelidik Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Beltsville memeriksa kandungan tenaga yang ada dalam kacang gajus.

Seramai 18 sukarelawan yang sihat dilatih untuk mengambil bahagian dalam kajian selama sembilan minggu.

Peserta mengambil pemakanan asas dikawal yang ditambah dengan kacang gajus iaitu 42 gram sehari sepanjang tempoh kajian selama empat minggu.

Mereka turut mengambil pemakanan asas dikawal tanpa penambahan kacang gajus dalam tempoh empat minggu berikutnya.

Sampel pemakanan daripada kajian itu bersama najis dan air kencing daripada 18 sukarelawan dikumpul semasa minggu terakhir dalam setiap fasa intervensi.

Selain itu, kandungan protein, lemak dan tenaga turut dianalisis.

Keputusan kajian menunjukkan kandungan tenaga (kalori) dalam kacang gajus 16 peratus lebih rendah berbanding nilai yang biasa dinyatakan pada label makanan semasa dan dalam pangkalan data di AS termasuk Pangkalan Data Nutrien Untuk Rujukan Piawaian Kebangsaan.

Meskipun nilai tenaga semasa dilaporkan 163 kilokalori setiap hidangan, penyelidik USDA mendapati kandungan tenaga mengalami proses metabolisme untuk 28 gram hidangan kacang gajus adalah 137 kilokalori.

Sementara itu, satu lagi kajian terkini diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika menyimpulkan pengambilan 42 gram kacang gajus sehari tidak meningkatkan tahap kolesterol jahat atau lipoprotein dengan kepadatan rendah (LDL).

Info

Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.

Malah, sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil.

Menurut Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA, kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana.

Manfaat

1. Kesihatan otot dan saraf

Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.

Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.

2. Mengurangkan risiko diabetes

Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.

3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi

Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.

4. Meningkatkan sistem imun

Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.

Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 7:00 AM - Harian Metro

0 Comments:

Hiburan Malaysia

(Video) Selebriti Terkenal Dedah Buah Dada Di MRT?



Bila hilangnya sifat malu dan rasa hormat terhadap orang ramai dan diri sendiri, macam inilah jadinya. Ohmedia pun tak tahulah apa nak jadi bila seorang selebriti media sosial dengan sanggup menaikkan gambar-gambar yang kurang sopan bagi meraih like dan followers.



Tapi baru-baru ini, melalui laporan China Press, selebriti terbabit dikatakan telah menaikkan satu rakaman video yang menunjukkan dirinya sedang menggayakan satu fesyen. Tapi yang menjadi masalah adalahm dia telah melakukan aksi terbabit dengan penuh ghairah sehingga menunjukkan buah dadanya di tempat awam iaitu di dalam MRT.



Dalam video terbabit dapat dilihat dia memasuki MRT dari luar station dan telah berjalan ke tiang. Sewaktu duduk pula dia kelihatan seperti segan silu untuk menunjukkan buah dadanya. Dah la pakai baju nipis dan nampak sangat tak pakai baju dalam.

Walaupun perbuatannya itu tidak disedari orang ramai, tapi perbuatannya itu amat keterlaluan. Namun, MEDIA GORENG tetap tidak dapat meneka siapakan gadis ini dan diharapkan dia tidak melakukan perbuatan yang sama lagi.

Admin MEDIAGORENG meneka sajat,tapi bila di teliti kembali ia seolah berbangsa cina..Entalhlah admin pun..

JOM KITA LIHAT VIDEONYA dibawah




0 Comments:

Isu Viral

“Dalam Perut Takkan Jadi Keras,” Ahli Kimia Sangkal Dakwaan Wanita, Boba Boleh Keras Dalam Perut



Tengah hangat diperkatakan di media sosial tentang isu ‘boba’ yang didakwa oleh segelintir golongan ia menjadi keras seperti batu setelah semalaman berjemur di bawah pancaran matahari.
Video yang tular berdurasi lebih 1 minit itu telah menjadi tanda tanya para peminat ‘boba tea’ sehinggakan ada yang risau jika makanan tersebut tidak hadam di dalam perut.

Seorang pengguna Facebook, Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia telah tampil memberi penjelasan mengenai mengapa boba yang didakwa dua wanita itu menjadi keras seperti batu.

“Bubble dibuat dari tepung ubi, komponen utama dia kanji.”

Pernah beli boba yang belum dimasak? Keras kan? Tapi taklah sekeras yang sudah direbus dan kering semula.
Menurut ahli kimia ini, sebenarnya boba yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku.
Hal ini akan menyebabkan ikatan antara struktur kanji makin padat yang mana terlihat dari fizikalnya yang mengeras.

Tambahnya lagi, dalam perut tidak akan menjadi keras seperti mana yang didakwa dalam video tersebut.

Kenapa jadi macam itu?
Kerana dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semulajadi (aka enzim, hormon, asid, alkali…) yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman. Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam.
Tambahnya lagi, jika ingin membantu proses penghadaman bebola bubble ini, maka kunyahlah lama-lama. Aktiviti mengunyah lama-lama ini akan mengecilkan saiz bebola bubble serta memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman
Pesannya, mohon pengemar ambil peduli tentang kandungan gula yang terdapat dlaam minuman ini. Makan dan nikmatilah namun lebihkan bersedehana. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat.

0 Comments:

Resepi dan Masakan

Resepi : Ayam Masak Merah Simple & Sedap


Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 5 Orang

Sesuai dimakan dengan nasi tomato

Bahan-bahan diperlukan:

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam kunyit
  • ## Bahan-bahan kisar ##
  • 4-5 biji cili kering
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji tomato-potong dadu
  • 1/2 cawan sos tomato
  • ## Bahan Hias ##
  • 1/2 biji bawang besar- potong bulat
  • kacang hijau secukupnya

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
  2. Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
  3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
  4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

0 Comments:

Dalam Negeri

Bapa tak mengaku rogol anak hingga hamil


SEORANG bapa kepada empat anak berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol anak sulungnya, 12, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. NSTP/Imran Makhzan.


Bapa tak mengaku rogol anak hingga hamil





KUALA TERENGGANU: Seorang bapa empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya berusia 12 tahun sehingga hamil, pada Julai dan Ogos lalu.
Tertuduh berusia 41 tahun yang berasal dari bandar raya ini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya itu antara jam 3 hingga 4 pagi pada pertengahan Julai hingga awal Ogos lalu di sebuah rumah di daerah ini.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mengulangi perbuatan sama antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Ogos lalu di lokasi sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Mangsa yang juga anak sulung dari empat beradik itu didapati muntah dan loya ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Pemeriksaan di sebuah hospital di bandar raya ini mendapati mangsa kini hamil tujuh minggu dan susulan itu ibu mangsa membuat laporan polis sebelum suaminya ditahan pada 12 September lalu.
Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak menjadi mangsa nafsu serakah bapa sendiri apabila dia beberapa kali dirogol, terutama ketika ibu mangsa keluar menjaga nenek kanak-kanak berkenaan yang dikatakan tinggal berdekatan rumah mereka.
Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan memiliki rekod lampau berhubung kes pecah amanah.
SUMBER : BERNAMA

0 Comments:

Sukan

Atlet negara ke Sukan SEA diwajibkan suntikan vaksin





KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan yang akan membawa cabaran negara pada Sukan SEA Filipina 2019 diwajibkan mengambil suntikan vaksin bagi mengelak dijangkiti wabak penyakit yang sedang melanda beberapa venue utama temasya sukan itu.
Ketua Kontinjen negara, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata semua persatuan sukan kebangsaan perlu menyediakan atlet mereka seberapa segera untuk menerima suntikan pada tarikh yang akan dimaklumkan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum berlepas ke Filipina.
"Terdapat ramai atlet negara berlatih di luar negara dan mereka perlu mengambil vaksin tertentu kerana keadaan hari ini di sana (Filipina) banyak penyakit yang sedang melanda negara itu.
ISN telah menetapkan tarikh mereka perlu mengambil vaksin tersebut sebelum berlepas ke Filipina dan sebab itu semua persatuan harus menyediakan atlet mereka untuk menjalani proses pengambilan vaksin di ISN," katanya pada sidang media Mesyuarat Pengurus Pasukan Sukan SEA kali kedua di Wisma Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini, semalam.
Saranan pengambilan vaksin itu dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Filipina dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika lawatan wakil Majlis Sukan Negara (MSN) diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, ISN dan MOM ke semua venue pertandingan baru-baru ini.
Menurut Pengarah Perubatan ISN, Dr Arshad Puji, pihak kedutaan memaklumkan antara penyakit yang sedang melanda beberapa kawasan di Filipina adalah wabak demam campak.
"Semasa kita mengadakan lawatan awal ke Filipina tempoh hari, kita dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di sana mengenai wabak demam campak yang sedang aktif di sana. Atas saranan daripada pihak kedutaan dan KKM kita akan menyediakan vaksinasi kepada atlet ke Manila," katanya.
Sementara itu, Megat Zulkarnain memaklumkan jumlah sasaran pingat emas negara pada temasya dwi tahunan itu hanya akan diketahui selepas satu bengkel khas membabitkan semua persatuan sukan pada 5 dan 6 November ini.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan acara penyerahan Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kontinjen negara akan diadakan pada hari terakhir perhimpunan atlet yang dijadual berlangsung pada 19 hingga 21 November.
Sukan SEA ke-30 akan berlangsung dari 30 November sehingga 11 Disember ini bakal membabitkan 56 acara di tiga kluster iaitu Manila, Subic dan Clark.
-- BERNAMA

0 Comments:

Dalam Negeri

Ular Sawa di Klinik Desa Kampung Peria, Kuala Krai



Ular seberat 60kg ditangkap APM dalam kawasan klinik. - Foto Sinar Harian

Seorang kanak-kanak  lelaki berusia 10 tahun hampir menjadi mangsa seekor ular sawa di Klinik Desa Kampung Peria di sini, semalam.

Ular seberat  60kg  gagal keluar dari pagar kerana terlalu besar.

Pertahanan Awam menerima panggilan daripada orang ramai pada 8.48 pagi dan segera bergegas ke kawasan tempat kejadian.

Difahamkan bahawa ular tersebut dijumpai oleh seorang kanak-kanak dan segera memaklumkan kepada bapanya yang kemudian memberitahu jururawat yang bertugas.

0 Comments:

Isu Viral

RARE!! Restoran Steamboat Dengan Konsep ‘Mencari Jodoh’ Dibuka Di Johor

the-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-3-tile

Lupakan Tinder atau aplikasi mencari jodoh yang lain, kini ada cara lebih seronok untuk mengenali teman baru bagi yang single dan kesunyian.


Jika ‘steamboat’ adalah makanan yang biasanya dimakan bersama teman, sebuah restoran shabu-shabu yang telah dibuka di Johor kini membenarkan orang single menikmati hidangan itu seorang diri tanpa rasa janggal.
Lebih menarik, restoran bernama Happiness Mini Shabu-Shabu itu menggunakan konsep ‘mencari jodoh’ di mana pelanggan yang makan berseorangan berpeluang untuk bertemu rakan baharu.
Caranya adalah pelanggan akan ditempatkan di satu meja yang mempunyai tirai kayu memisahkan mereka dengan meja hadapan.
the-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-3
Tirai kayu berkenaan boleh dibuka dan ditutup oleh kedua-dua belah meja mengikut kehendak diri jika mereka ingin bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, dan mereka akan dapat berkenalan sambil makan bersama-sama.
bithe-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-1024×683
Pelanggan juga boleh menutup tirai dan makan sendirian jika tidak berminat untuk mengenali atau berbual dengan orang yang duduk di hadapan mereka.
Konsep restoran menarik ini berasal dari China dan pertama kali dibuat di Malaysia.

0 Comments:

Kesihatan

Kanak-kanak - Jangkitan Cacing Rambu

Cacing Rambu/Cacing Cambuk


Apa itu cacing rambu atau cacing cambuk?

→ Nama cacing rambu atau cacing cambuk boleh dikenali berdasarkan kepada cirri-ciri bentuk cacing dewasa. Cacing dewasa berkuran diantara 3-5 cm panjang dan boleh hidup diantara 1-3 tahun.

→ Ia membenamkan hujung badannya pada dinding usus besar manusia.

→ Cacing rambu atau cacing cambuk betina boleh menghasilkan lebih dari 10,000 telur dalam masa sehari dan dikeluarkan dalam najis manusia.

Apakah ‘trichuriasis’?

→ ‘Trichurisasis’ ialah jangkitan yang disebabkan oleh cacing rambu atau cacing cambuk. Ia sering berlaku di kalangan kanak-kanak.


Bagaimanakah ia berjangkit?

→ Jangkitan berlaku apabila kanak-kanak makan makanan atau minum air yang tercemar dengan telur cacing. Juga boleh berlaku apabila kanak-kanak memasukkan jari tangan ke dalam mulut selepas bermain dengan tanah yang tercemar. Telur-telur cacing tersebut akan menetas di dalam usus besar kanak-kanak.

Apakah tanda dan gejala?

→ Jangkitan ringan (kurang dari 100 cacing)

Kemungkinan tiada sebarang tanda dan gejala.
Kadang-kala kanak-kanak mengalami kembung perut, cirit birit, sembelit atau perut rasa tidak selesa (sebu).

→ Jangkitan teruk (melebihi 100 -1000 cacing) kemungkinan diikuti dengan tanda dan gejala berikut:-

Sakit perut.
Muntah.
Cirit-birit (kemungkinan mengandungi darah)
Pucat (kurang darah).
Hilang selera makan.
Susut berat badan.
Bahagian akhir usus besar terkeluar ( Rectal Prolapse).
Pembesaran terencat.

Apakah bahaya jangkitan cacing rambu atau cacing cambuk?

→ Bagi kes yang teruk, dehidrasi dan kekurangan darah berlaku akibat daripada cirit-birit berdarah. Bahagian akhir usus besar terkeluar kadang-kala berlaku.

Bagaimanakah anda tahu anak anda dijangkiti cacing rambu atau cacing cambuk?

→ Apabila anak anda buang air besar dan najisnya mengandungi telur cacing rambu atau cacing cambuk. Ianya boleh dipastikan melalui pemeriksaan mikroskopik ke atas najis anak anda.

Apakah rawatannya?

→ Rawatan adalah berkesan dengan ubat makan (Albendazole untuk satu hari sementara Mebendazole untuk 3 hari). Rawatan ini perlu diulangi mengikut keperluan (jika masih terdapat tanda-tanda jangkitan selepas 2 minggu rawatan diberi).

Pencegahan

→ Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan.
→ Elakkan anak anda daripada bermain di tanah yang tercemar dengan telur cacing rambu atau cacing cambuk.
→ Basuh makanan yang mungkin tercemar dengan telur cacing rambu atau cacing cambuk dengan bersih.


Penulis: Dr. R. Sukumar a/l Rajaretnam , Penyemak: Dr. Chong Sze Yee

Sumber: Portal MyHealth

0 Comments: