Isu Viral

Wakil trofi BTS kena hentam, peminat KPOP bengang dengan netizen Malaysia

September 22, 2019 Paduu Toqq 0 Comments


Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.



Selain itu, salah satu kategori iaitu Artis Korea Popular pula berpihak kepada Bangtan Boys (BTS) yang mempunyai wakil bagi menerima trofi berkenaan.



Kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY sudah tentu berbangga dengan kejayaan kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu kerana berjaya menewaskan nama besar seperti BlackPink.

Anugerah pertama di Malaysia!


Tahniah kepada ARMY Malaysia!



Saya amat berbangga!


Walau bagaimanapun, wakil yang naik ke atas pentas berprestij bagi menerima trofi tersebut telah mengundang perhatian majoriti penonton.
Difahamkan wanita dikenali sebagai Mastura Jamil itu merupakan ‘orang kuat’ ARMY yang berjaya mewakili puluhan ribu peminat BTS di Malaysia.
Tetapi kehadiran wanita berkenaan agak kurang disenangi netizen yang disifatkan agak keterlaluan atau terlebih teruja ketika memberi ucapan di atas pentas.

Akak mana entah tu?


Kalah artis yang menang



‘Over’ la akak ni



 Aku pula yang malu
Akak tu okay tak?

 Namun terdapat juga segelintir penonton mempersoalan kaitan antara industri muzik Korea dengan pengiktirafan anugerah di negara ini.

ABPBH mengarut apa ni?




Anugerah paling b*doh!




 Tidak berdiam diri, sebaliknya beberapa ARMY tampil berkongsi posting di laman Twitter dengan meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memandang rendah kredibiliti KPOP yang menjadi satu bahan lawak.

Tak perlu melawak!




Kenapa perlu ‘body shaming’?




Belajar hormat orang!


Sumber : Twitter , ohmymedia

0 Comments: