Showing posts with label Tips & Info. Show all posts

PETUA RUMAH TANGGA: UNTUK ISTERI / BAKAL ISTERI



  1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
  2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
  3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
  4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
  5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
  6. Ruangkan masa yang betul-betul �berkualiti� sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
  7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
  8. Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
  9. Beri pujian terhadap penampilan suami � rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
  10. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
  11. Minta bantuan suami hanya jika sesuai � sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
  12. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
  13. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
  14. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
  15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
  16. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
  17. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
  18. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
  19. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
  20. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
  21. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
  22. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
  23. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
  24. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
  25. Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
  26. Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
  27. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
  28. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
  29. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

Khasiat kacang gajus

Zaitie Satibi
zaisa@hmetro.com.my


Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus.

Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek.

Di sebalik keenakan rasa kacang gajus, ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit.

Dalam satu ujian percubaan intervensi manusia yang diterbitkan jurnal pemakanan Nutrients baru-baru ini, pengkaji di Perkhidmatan Penyelidik Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Beltsville memeriksa kandungan tenaga yang ada dalam kacang gajus.

Seramai 18 sukarelawan yang sihat dilatih untuk mengambil bahagian dalam kajian selama sembilan minggu.

Peserta mengambil pemakanan asas dikawal yang ditambah dengan kacang gajus iaitu 42 gram sehari sepanjang tempoh kajian selama empat minggu.

Mereka turut mengambil pemakanan asas dikawal tanpa penambahan kacang gajus dalam tempoh empat minggu berikutnya.

Sampel pemakanan daripada kajian itu bersama najis dan air kencing daripada 18 sukarelawan dikumpul semasa minggu terakhir dalam setiap fasa intervensi.

Selain itu, kandungan protein, lemak dan tenaga turut dianalisis.

Keputusan kajian menunjukkan kandungan tenaga (kalori) dalam kacang gajus 16 peratus lebih rendah berbanding nilai yang biasa dinyatakan pada label makanan semasa dan dalam pangkalan data di AS termasuk Pangkalan Data Nutrien Untuk Rujukan Piawaian Kebangsaan.

Meskipun nilai tenaga semasa dilaporkan 163 kilokalori setiap hidangan, penyelidik USDA mendapati kandungan tenaga mengalami proses metabolisme untuk 28 gram hidangan kacang gajus adalah 137 kilokalori.

Sementara itu, satu lagi kajian terkini diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika menyimpulkan pengambilan 42 gram kacang gajus sehari tidak meningkatkan tahap kolesterol jahat atau lipoprotein dengan kepadatan rendah (LDL).

Info

Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink.

Malah, sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil.

Menurut Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA, kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana.

Manfaat

1. Kesihatan otot dan saraf

Kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain.

Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti, mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat.

2. Mengurangkan risiko diabetes

Kacang gajus mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2.

3. Meningkatkan kesihatan tulang dan gigi

Kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel.

4. Meningkatkan sistem imun

Kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka.

Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 April 2019 @ 7:00 AM - Harian Metro

Dapatkan TNG RFID tanpa perlukan dokumen





Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal Touch N Go RFID ni.. Perasan tak ada lorong kat tol yang ada signboard RFID kat atas? Haa.. Yang tu la lorong RFID.. Cuma aku tak pasti beroperasi sepenuhnya ke belum.. Rasa-rasa dah beroperasi dah... Kat lorong ni, tak payah nak buka tingkap, tak payah nak touch car, just jalan terus ja.. Tapi yang mana tak tau apa itu RFID, mari baca dulu info pasal Touch N Go RFID.


Apa itu Touch N Go RFID?

RFID adalah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat untuk melepasi tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan tertanam dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Tag RFID adalah berhubung dengan Touch 'n Go eWallet anda yang mana kos akan ditolak darinya- Website Touch N Go

Bagaimana Touch N Go RFID berfungsi?

Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di atas kereta akan membaca frekuensi radio dari tag RFID dan mengenakan tambang tol. Kadar tarif tol kemudian akan ditolak dari Touch 'n Go eWallet.




Syarat-syarat untuk kenderaan anda patuh: 

Terdapat 2 syarat yang perlu dipatuhi apabila meletakkan tag RFID pada kenderaan untuk mengekalkan prestasi optimum:

1. Tag RFID tidak boleh diletakkan pada cermin depan berwarna atau lampu depan berwarna. Pelekat mesti dipasang terus ke kaca / permukaan.

2. Kandungan logam dari kaca cermin perlu diuji sebagai kandungan logam yang tinggi akan menjejaskan kebolehbacaan Tag RFID

Jangan risau! Pihak Touch N Go akan test dahulu semasa dan selepas memasang Tag RFID tersebut.

Sekarang lagi mudah untuk dapatkan Tag RFID ni. Selain menambah outlet di seluruh Malaysia, pihak Touch N Go telah menambah baik perkhidmatannya dengan anda kini boleh mendaftar tanpa sebarang dokumen, cuma perlu masukkan No. plat kereta anda, nombor IC dan nombor telefon di website Sureplify

Jika timbul maklumat pasal kereta anda di website Sureplify, anda bolehlah bawa kenderaan anda ke outlet terdekat dengan rumah anda...

Jika butiran kereta anda tidak dijumpai di Sureplify, anda masih boleh mendaftar menggunakan dokumen kereta anda. Hanya membawa Kad pengenalan dan salinan , Lesen Memandu serta salinan geran kenderaan anda...

'Neckline' T-Shirt Kegemaran Anda Dah Regang? Ini Cara Perbaikinya Ke Bentuk Asal!

Image from Nippon TV / 5goup
T-shirt adalah pakaian yang paling simple dan disukai ramai

T-shirt atau kemeja-T merupakan pakaian asas yang paling ringkas untuk digayakan dan ia menjadi pilihan lelaki serta wanita yang ingin tampil ringkas dan tidak keterlaluan.
Image from Maskulin
Meskipun tampak mudah, namun ada caranya untuk jadikan pakaian ringkas ini kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Bukan hanya digayakan pada acara santai, T-shirt juga boleh dipakai untuk acara yang bertemakan smart & casual. Hanya perlu bijak menggayakan ia dengan blazer, jeans, dan kasut yang bersesuaian.
Image from Google
Image from Google
Tapi satu masalah tentang T-shirt ialah ianya mudah rosak. Lebih-lebih lagi pada bahagian garisan leher atau neckline T-shirt yang mudah meregang atau stretched out.

Nak buat macam mana? Neckline meregang pada T-shirt adalah satu benda yang tidak dapat dielakkan.
Lebih-lebih lagi pada T-shirt yang diperbuat daripada kapas.

Apabila neckline sudah meregang, kita pun memilih untuk tidak memakai T-shirt itu lagi. Meskipun itu adalah T-shirt kegemaran kita.
Image from scary shark.1 2 / YouTube (Edited)
Kalau nak pakai juga, hanya ketika berada di rumah. Nak pakai di luar, buruk rupanya. Nak buang, sayang lah pula.

Disebabkan itu, banyak T-shirt lama kita yang kini sekadar mengisi ruangan bahagian belakang almari. Dah tak pakai T-shirt lama, beli pula T-shirt baru.

Lama-lama, almari pun penuh!

Haa.. Sebenarnya ada cara untuk mengelak kesemua masalah ini daripada berlaku.
Apakah caranya? Mudah, baiki sahaja T-shirt lama kita!

Menurut satu portal Taiwan, TEEPR, seorang pakar dari perkhidmatan dobi popular, Nexcy, telah muncul di sebuah rancangan Jepun, ZIP! berkongsikan tips dan petua mengekalkan neckline T-shirt, selain membaiki T-shirt lama anda!
Image from Nippon TV / 5goup
Dia juga menjelaskan bahawa neckline T-shirt meregang bukan hanya disebabkan oleh pemakaian secara berulang, tetapi ia juga mempunyai banyak kaitan dengan cara anda mengeringkan T-shirt tersebut selepas membasuhnya. 

Misalnya, apabila anda menggantung T-shirt menggunakan hanger, kelembapan dan berat di bahagian bawah T-shirt akan menarik T-shirt berkenaan menyebabkan ianya meregang, lebih-lebih lagi pada bahagian neckline.
Image from Nippon TV / 5goup

Untuk membaiki T-shirt anda, sediakan:

  1. Satu mangkuk kiub ais diisi dalam air sejuk;
  2. Seterika; dan
  3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt kegemaran anda
Untuk membaiki T-shirt lama anda, anda hanya perlu mengikuti empat langkah mudah ini:

LANGKAH SATU: Lipat neckline dalam bentuk 'kipas' dan rendam bahagian tersebut ke dalam mangkuk kiub ais
Image from Nippon TV / 5goup
Image from Nippon TV / 5goup
LANGKAH DUA: Perah air sambil pastikan neckline T-shirt masih dalam bentuk lipatan kipas
Image from Nippon TV / 5goup

... Kemudian letakkan T-shirt di atas permukaan rata. Ratakan neckline dan gosokkannya menggunakan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju)

Image from Nippon TV / 5goup

LANGKAH TIGA: Seterika bahagian neckline menghala ke arah atas T-shirt








Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup
PENTING: Pastikan T-shirt itu tidak kering sepenuhnya kerana anda perlu seterika T-shirt yang masih dalam keadaan lembap.

LANGKAH EMPAT: Letakkan T-shirt pada permukaan rata sehingga kering...








Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup

... Dan selesai! Neckline T-shirt sudah kembali ke bentuk asal dan kini T-shirt juga kelihatan baru!
Lihat gambar sebelum dan selepas seperti yang ditunjukkan oleh pakar dobi di bawah:








Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup
Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup
Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup








Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup
Image from Nippon TV / 5goup
Image via Nippon TV / 5goup

Amacam, best tak?

5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Buat Sebelum Melancong







Melancong merupakan salah satu cara untuk kita berhibur, melepaskan tekanan dan mendapatkan ketenangan dari segala hiruk pikuk kesibukkan kerja di kota.

Dengan melancong juga kita dapat melihat keindahan tempat orang yang boleh dijadikan pengalaman kita di masa hadapan.

TETAPI!!!

Aktiviti melancong akan spoil kalau korang tak buat persediaan. Admin senaraikan 5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Buat Sebelum Melancong:

1. Check Pasport

Apabila promosi daripada syarikat penerbangan tiba, kita pun rambang mata... Nak ke Seoul la, nak ke Perth la, lepastu tempahla tiket.. Tiba-tiba bila dah nak berlepas, baru teringat nak check passport.. tengok-tengok dah expired... Melepaslah nak bercuti..

Sila pastikan tarikh luput pasport mempunyai lebih enam bulan sebelum tamat tempoh ketika anda mahu bercuti, bukan pada masa anda sedang menempah atau membeli tiket!


2. Tukar Matawang

Jangan lupa untuk tukar duit siap-siap sebelum bertolak ke destinasi anda kerana sesungguhnya menukar duit di tempat destinasi adalah mahal berbanding menukar duit di negara sendiri..

So, sebelum hari berlepas, tukarlah dulu matawang yer.. Kalau tidak, rugi tau..


3. Tiket 'Last Minute'

Kalau nak jimat lagi, kena beli tiket awal.. Jangan seminggu dah nak travel, baru minggu ni beli tiket.. Jawabnya memang mahal la..

Lagi elok beli masa syarikat penerbangan buat promosi.. Yang tu lagi ngam dan murah.


4. Beli Travel Insurance

Yang ni penting.. Sesetengah orang pandang perkara ni sebagai perkara remeh ja.. Padahal, insurans ni penting kot, boleh cover isu bagasi pecah, flight delay dan sebagainya..

Dengan insurans ni, dapat melancarkan travel anda jika terdapat isu-isu yang kat atas tu.


5. Buat Senarai Semak

Buat senarai semak apa yang perlu dibawa semasa travel kat negara orang.. Sediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan penginapan anda di destinasi yang anda bakal travel..

Sediakan itinerary anda selama berada di sana.. Bukan apa, semua ini berguna jika anda ditahan untuk disoal siasat oleh pegawai di lapangan terbang kelak.. contoh jika anda nak ke Australia.

Okay, ini saja 5 perkara yang admin rasa anda perlu buat sebelum travel... Jika ada penambahan atau idea dari anda, jangan malu-malu komen ya..

TIPS!! Warm-Ups, Cool-Downs, and Stretching for Running



All of your runs should start with a warmup and end with a cool-down. These two bookends to your run will help you prepare for your best effort and recover at the end of your workout.



Benefits of a Running Warm-Up

A good warmup dilates your blood vessels, ensuring that your muscles are well supplied with oxygen before you give them a vigorous workout. It also raises the temperature of your muscles for optimal flexibility and efficiency.1
By slowly raising your heart rate, the warmup also helps minimize stress on your heart when you start your run.

Benefits of a Running Cool-Down

The cool-down keeps the blood flowing throughout the body. Stopping suddenly can cause light-headedness because your heart rate and blood pressure might drop rapidly. Winding down slowly allows them to fall gradually.
While you will often hear that the cool-down helps you work lactic acid out of your muscles and prevent delayed onset muscle soreness the next day, research has not found this to be the case.2

The cool-down is a good mental transition between a hard effort and the end of your workout.




Stretching Before or After Running

Stretching used to be part of every warmup and cool-down, but the evidence doesn't find that it has the benefits it was thought to bring. Static stretching before, during, or immediately after exercise hasn't been proven to prevent injury or delayed onset muscle soreness.2
Dynamic stretching after a warmup has some evidence it might be beneficial for performance. This form of stretching is done with exercises that take your muscles through their full range of motion. Dynamic stretching exercises also mimic the actions you'll be taking in your workout.3
Stretching cold muscles is never a good idea, so if you decide to include stretching, do it after you have warmed up or as part of your cool-down.

How to Do a Proper Warm-Up

Take these steps for your warmup:
  1. Do about 5 to 10 minutes of light aerobic exercise to loosen up your muscles and warm you up for your run. Some good pre-run warm-up exercises include walking briskly, marching, jogging slowly, or cycling on a stationary bike. Make sure you don't rush your warmup.
  2. If you like doing dynamic stretches or exercises before your run, do walking lunges, jumping jacks, or opposite toe touches.
  3. Begin your run. Don't start out racing, but instead jog slowly at first and gradually build up your speed. You should be breathing very easily. If you feel yourself getting out of breath, slow down. This is part of knowing how fast you should run, and it's easy to start off too fast.
  4. Pay attention to your running posture and form when you begin your run. Ensure you are using the best technique before you speed up.

How to Do a Proper Cool-Down

At the end of your run, take these steps:
  1. After you finish your run, cool down by walking or slowly jogging for 5 to 10 minutes. Your breathing and heart rate should gradually return to normal.
  2. Drink water or sports drink to replenish yourself.

Stretching Tips for After Your Run

If you think you benefit from stretches, you can do them after your run or as a separate activity. Typical post-run stretches include the hamstring stretch, quad stretch, calf stretch, low lunge stretch, IT band stretch, butterfly stretch, hip and back stretch, arms and abs stretch, and triceps stretch. Use these tips for proper stretching:
  • Don't bounce while stretching. Hold still on each stretch for 15 to 30 seconds.
  • Don't stretch through pain. Don't stretch beyond the point where you begin to feel tightness in the muscle. You shouldn't push through muscle resistance and never stretch to the point of pain. As you feel less tension, you can increase the stretch a bit more until you feel the same slight pull.
  • Make sure you stretch both sides. Don't just stretch your left calf because you feel tightness on that side. Make sure you're stretching both sides equally.
  • Don't hold your breath. Stay relaxed and breathe in and out slowly. Make sure you don't hold your breath. Take deep belly breaths.

A Word From Verywell

Research is just catching up with what runners have been doing for decades (and their coaches have been teaching). Warming up is beneficial, but you can probably skip the stretching if you don't find it works for you. Enjoy your run.