Showing posts with label Dalam Negeri. Show all posts

Jabatan Pendidikan Negeri perlu siasat dakwaan soalan PT3 bocor - KPM

Gambar Hiasan - Foto Astro Awani

PUTRAJAYA, 2 Okt -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) perlu menjalankan siasatan sekiranya dakwaan kononnya kertas soalan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bocor yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp benar.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata, individu atau kumpulan yang terlibat dalam penyebaran kertas soalan itu boleh diambil tindakan memandangkan kertas itu adalah dokumen terperingkat terhad.

Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) PT3, tanggungjawab memuat turun dan mencetak kertas soalan terletak di bawah pengetua, penolong kanan pentadbiran dan setiausaha PT3 di sekolah masing-masing.

"Dalam hal ini, personel (kakitangan) yang menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972, wajib mematuhi setiap prosedur penjaminan kualiti termasuk memastikan keselamatan kertas soalan," katanya.

KPM berkata, pengendalian PT3 adalah sama seperti pengendalian peperiksaan akhir tahun sekolah.

Katanya, Lembaga Peperiksaan berperanan sebagai penyedia kertas soalan dan menetapkan format pelaporan, manakala sekolah berperanan mentadbir PT3 yang merangkumi penerimaan kertas soalan, mencetak, melaksanakan pentaksiran, memeriksa kertas jawapan, mencetak dan mengeluarkan pelaporan serta melaksanakan penjaminan kualiti.

Memandangkan kertas soalan PT3 adalah dokumen terperingkat terhad, semua kakitangan pentadbiran dan pentaksiran adalah bertanggungjawab terhadap kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan itu, katanya.

"Sewajarnya, kertas soalan dan panduan penskoran PT3 hendaklah disimpan di bilik berkunci dalam almari besi berkunci di sekolah.

"Bagi memastikan kerahsiaan dan keselamatan kertas soalan, pergerakan kertas soalan dan panduan penskoran mesti direkodkan," katanya.

Semalam, KPM menafikan dakwaan kononnya peperiksaan Bahasa Inggeris PT3 akan diulang semula pada 10 Okt ini akibat soalan bocor.

Lebih 400,000 pelajar di seluruh negara menduduki PT3 semalam bermula dengan kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2.


Tarikh kemaskini: 02/10/2019 -- BERNAMA

Bapa tak mengaku rogol anak hingga hamil


SEORANG bapa kepada empat anak berusia 41 tahun mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol anak sulungnya, 12, di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. NSTP/Imran Makhzan.


Bapa tak mengaku rogol anak hingga hamil





KUALA TERENGGANU: Seorang bapa empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan merogol anak perempuannya berusia 12 tahun sehingga hamil, pada Julai dan Ogos lalu.
Tertuduh berusia 41 tahun yang berasal dari bandar raya ini membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram dengan merogol anak perempuannya itu antara jam 3 hingga 4 pagi pada pertengahan Julai hingga awal Ogos lalu di sebuah rumah di daerah ini.
Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mengulangi perbuatan sama antara jam 3 hingga 4 pagi pada 17 Ogos lalu di lokasi sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Puteri Hikmatul Raudah Dzulaikha Mohamad.
Mahkamah kemudian menetapkan 25 Oktober depan untuk tarikh sebutan semula kes dan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Mangsa yang juga anak sulung dari empat beradik itu didapati muntah dan loya ketika menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.
Pemeriksaan di sebuah hospital di bandar raya ini mendapati mangsa kini hamil tujuh minggu dan susulan itu ibu mangsa membuat laporan polis sebelum suaminya ditahan pada 12 September lalu.
Media sebelum ini melaporkan, seorang kanak-kanak menjadi mangsa nafsu serakah bapa sendiri apabila dia beberapa kali dirogol, terutama ketika ibu mangsa keluar menjaga nenek kanak-kanak berkenaan yang dikatakan tinggal berdekatan rumah mereka.
Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan memiliki rekod lampau berhubung kes pecah amanah.
SUMBER : BERNAMA

Ular Sawa di Klinik Desa Kampung Peria, Kuala Krai



Ular seberat 60kg ditangkap APM dalam kawasan klinik. - Foto Sinar Harian

Seorang kanak-kanak  lelaki berusia 10 tahun hampir menjadi mangsa seekor ular sawa di Klinik Desa Kampung Peria di sini, semalam.

Ular seberat  60kg  gagal keluar dari pagar kerana terlalu besar.

Pertahanan Awam menerima panggilan daripada orang ramai pada 8.48 pagi dan segera bergegas ke kawasan tempat kejadian.

Difahamkan bahawa ular tersebut dijumpai oleh seorang kanak-kanak dan segera memaklumkan kepada bapanya yang kemudian memberitahu jururawat yang bertugas.