Isu Viral
Aku pula yang malu
Tidak berdiam diri, sebaliknya beberapa ARMY tampil berkongsi posting di laman Twitter dengan meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memandang rendah kredibiliti KPOP yang menjadi satu bahan lawak.
Wakil trofi BTS kena hentam, peminat KPOP bengang dengan netizen Malaysia
Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.
Selain itu, salah satu kategori iaitu Artis Korea Popular pula berpihak kepada Bangtan Boys (BTS) yang mempunyai wakil bagi menerima trofi berkenaan.
Kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY sudah tentu berbangga dengan kejayaan kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu kerana berjaya menewaskan nama besar seperti BlackPink.
Anugerah pertama di Malaysia!
Yess.. ARMY SNAPPED IT.. CONGRATS AGAIN @BTS_twt for winning this award.. May be first award in Malaysia.. 💪 pic.twitter.com/MytWelwE6j— Joonie With Luv 💜💜 (@Namjoonieeee94) 22 September 2019
Tahniah kepada ARMY Malaysia!
@BTS_twt won Most Popular Korean Artist at #ABPBH32— BTS MEDIA (@blvcksnow_twt) 22 September 2019
congrat to malaysian's Army💜
Congrats @BTS_twt !!! pic.twitter.com/DRYrCNuwM3
Saya amat berbangga!
Walau bagaimanapun, wakil yang naik ke atas pentas berprestij bagi menerima trofi tersebut telah mengundang perhatian majoriti penonton.
Difahamkan wanita dikenali sebagai Mastura Jamil itu merupakan ‘orang kuat’ ARMY yang berjaya mewakili puluhan ribu peminat BTS di Malaysia.
Tetapi kehadiran wanita berkenaan agak kurang disenangi netizen yang disifatkan agak keterlaluan atau terlebih teruja ketika memberi ucapan di atas pentas.
Akak mana entah tu?
‘Over’ la akak ni
Overnya akak yg amik award utk BTS ni.— Ahmad Sabri, Nadia (@fatinadia19) 22 September 2019
Aku pula yang malu
Akak tu okay tak?Untuk akak yang naik pentas ambik trofi untuk bts whatsoever tu, mashallah. Aku plak yang malu 🤦🏻♀️— Hanis (@hanisazm) 22 September 2019
Namun terdapat juga segelintir penonton mempersoalan kaitan antara industri muzik Korea dengan pengiktirafan anugerah di negara ini.Ni anugerah sundel ke apa? Akak yg naik pentas untuk BTS tadi okay tak? Siuman ke?— Bidadara Kacak (@_aafirashid) 22 September 2019
ABPBH mengarut apa ni?
First of all, who is this makcik? How can she related to BTS? Dia ketua ARMY Malaysia?— BangShawl 🧕🏼 (@nabilfikran10) 22 September 2019
Second, apa kena mengena Kpop dgn industry hiburan Malaysia? ABPH mengarut apa ni 😭 pic.twitter.com/7GCeozCSis
Anugerah paling b*doh!
Anugerah. Paling. Bodoh. Dalam. Malaysia https://t.co/MA5a07tc7Y— Akak pening (@qyscha_) 22 September 2019
Tidak berdiam diri, sebaliknya beberapa ARMY tampil berkongsi posting di laman Twitter dengan meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memandang rendah kredibiliti KPOP yang menjadi satu bahan lawak.
Tak perlu melawak!
Petition for @bharianmy to remove kpop category in next year ABPBH if the category just a joke for people to laugh. I dont see the announcers respect BTS when they won just now. Bandar Tasik Selatan? Behind The Scene? At least tell those announcers make a research ok 🤡 #ABPBH32— ⓗⓐⓝ (@wonderlixs) 22 September 2019
Kenapa perlu ‘body shaming’?
Dear ALL ARMYs,— Kim Seok Bba🐳 (@7crackheadsssss) 22 September 2019
The awards that some of you voted for which is #ABPBH32 , BTS won that awards&some Malaysian Armys went there to represent BTS but sadly some Malaysian judged their appearance&bodyshaming them. The organizer just want a CLOUT from Armys. I hope BH sue them😊
Belajar hormat orang!
Sumber : Twitter , ohmymediaNEXT TIME MAKE SURE YOUR MC KNOW HOW TO HANDLE AWARD PROFESSIONALLY WITHOUT MOCKING AND THROWING HATE TO OTHERS ARTIST. TO YOU BTS MIGHT JUST BE SOME RANDOM KPOP GUYS, BUT THEY KNOW HOW TO RESPECT OTHERS BETTER THAN YOU DO #ABPBH32— Bini Ustaz Madi (@bangStantaetic) 22 September 2019
0 Comments: