Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Messi Terbaik!

Pemain sensasi Argentina Lionel Messi menewaskan pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dan pemenang lima kali Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah pemain terbaik FIFA tahun ini untuk catatan peribadi keenam beliau.


Foto: the daily star

Messi, yang membantu Barcelona memenangi kejuaraan La Liga Sepanyol pada musim lalu serta penjaring terbanyak Eropah, memenangi anugerah itu kali terakhir pada tahun 2015.

Kemenangan Messi kali ini dianggap mengejutkan kerana pemain Liverpool, Van Dijk dikatakan menjadi calon paling hampir untuk anugerah tersebut. Sebagai catatan Van Dijk membantu Liverpool menjuarai Liga Juara-juara UEFA selain memenangi anugerah pemain terbaik PFA.


Foto: sports yahoo


Sementara untuk katogeri wanita, dimenangi oleh Megan Rapinoe yang menewaskan rakan sepasukan dari England iaitu Alex Morgan dan Lucy Bronze.


Tahniah Messi dan Rapinoe!.

SENARAI 25 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT SKUAD HARIMAU MALAYA MENJELANG AKSI BERTEMU SRI LANKA, VIETNAM & HONG KONG

Berikut senarai nama 25 pemain dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 30 September 2019.

Ia bagi persiapan menghadapi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 (Khamis) dan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 (Selasa).

BIL
NAMA
UMUR
POSISI
PASUKAN
1.
MOHD FARIZAL MARLIAS
33
PENJAGA GOL
JOHOR DARUL TA’ZIM
2.
ADAM NOR AZLIN
23
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
3.
MOHAMAD AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK
32
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
4.
LA’VERE CORBIN-ONG
28
PERTAHANAN
JOHOR DARUL TA’ZIM
5.
MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA
22
TENGAH
JOHOR DARUL TA’ZIM
6.
MUHAMMAD SAFAWI RASID
22
SAYAP
JOHOR DARUL TA’ZIM
7.
MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID
20
SAYAP
JOHOR DARUL TA’ZIM
8.
MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD
24
PENYERANG
JOHOR DARUL TA’ZIM
9.
SHAHRUL MOHD SAAD
26
PERTAHANAN
PERAK
10.
MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI
25
PENYERANG
PERAK
11.
MUHAMMAD HAFIZUL HAKIM KHAIRUL NIZAM JOTHY
26
PENJAGA GOL
PERAK
12.
NAZIRUL NAIM CHE HASHIM
26
PERTAHANAN
PERAK
13.
BRENDAN GAN
31
TENGAH
PERAK
14.
J. PARTIBAN
27
SAYAP
PERAK
15.
MATTHEW DAVIES
24
PERTAHANAN
PAHANG
16.
MOHAMADOU SUMAREH
25
SAYAP
PAHANG
17.
MUHAMAD NOR AZAM ABDUL AZIH
24
TENGAH
PAHANG
18.
NORSHAHRUL IDLAN TALAHA
33
PENYERANG
PAHANG
19.
MUHAMMAD SYAHMI SAFARI
21
PERTAHANAN
SELANGOR
20.
ABDUL HALIM SAARI
25
TENGAH
SELANGOR
21.
MUHAMMAD AKRAM MAHINAN
26
TENGAH
PKNS FC
22.
MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM
22
PENYERANG
FELDA UNITED
23.
MOHD IFWAT AKMAL CHEK KASSIM
23
PENJAGA GOL
KEDAH
24.
MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA
24
PERTAHANAN
KUALA LUMPUR
25.
DOMINIC TAN JUN JIN
22
PERTAHANAN
POLICE TERO FC

Daripada senarai di atas, Cheng Hoe mengekalkan 23 pemain dari skuad 24 pemain bagi dua perlawanan awal Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia di Jakarta pada 5 September 2019 (menang 3-2) dan UAE di Bukit Jalil pada 10 September 2019 (kalah 2-1) dengan hanya seorang pemain yang digugurkan iaitu Hadin Azman (Felda United).
Bagi melengkapkan senarai 25 pemain kali ini, Cheng Hoe telah memanggil dua pemain baharu iaitu pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) dan pemain tengah, Abdul Halim Saari (Selangor).
Sementara itu, tujuh pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 25 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Hadin, Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).
- FAM

Ronaldo Luís Nazário de Lima



  • Kali ni kita cerita pasal Ronaldo Brazil pulak.
  • Nama penuh seperti tajuk kat atas.
  • Nombor jersi kegemaran ---> 9

  • Siapa sangka pemain yang bergaji juta-juta ni merupakan seorang yang berasal dari keluarga miskin di Brazil. Pendek kata nak beli but bola pun tak mampu.
  • Bakat ronaldo dikesan oleh legend Brazil yang membawanya ke kelab Cruzeiro iaitu pasukan Sirie A Itali.

  • Penampilan pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan Brazil adalah pada tahun 1994 untuk menghadapi Piala Dunia di Amerika Syarikat.
  • Umur Ronaldo untuk penampilan di Amerika ketika itu adalah berusia 18 tahun. Namun penampilan beliau lebih kepada melengkapkan senarai skuad Brazil kerana untuk Piala Dunia tahun tersebut Ronaldo tidak pernah diturunkan di mana-mana perlawanan. (kalau silap sila betulkan admin ya)
  • Kenapa Ronaldo tidak diturunkan?. Jawapannya adalah kerana pada tahun tersebut Brazil ada 2 penyerang hebat iaitu Bebeto & Romario. Time ni 2 striker ni tengah top dan prestasi berada di kemuncak. Brazil merupakan Juara Piala Dunia 1994.

  • Piala Dunia 1998 Ronaldo mula menjadi penyerang utama Brazil bersama Bebeto dan Brazil sekadar menjadi Naib Juara selepas tewas kepada tuan rumah kejohanan iaitu Perancis dengan keputusan 0-3. Ronaldo merupakan Pemain Terbaik Untuk kejohan Piala Dunia 1998. Untuk makluman juga, Ronaldo tidak disenaraikan pada perlawanan akhir kerana masalah kesihatan.
  • Piala Dunia 2002 di Korea-Jepun, Ronaldo bergandingan dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Untuk tahun ni mana-mana team pun akan menghadapi kesukaran kerana gandingan 3R yang serba lengkap. Brazil muncul juara dan Ronaldo adalah penjaring terbanyak kejohanan dengan 8 gol.

  • Piala Dunia 2006 di Jerman, Ronaldo sekali lagi disenaraikan dan untuk kejohanan kali ni beliau berjaya mengukir nama menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah piala dunia (dikumpul untuk kesemua kejohanan yang disertai). Namun Kali ni Brazil hanya mara hingga suku akhir selepas tewas kepada Perancis. Perlawanan tersebut merupakan aksi terakhir Ronaldo bersama skuad kebangsaan Brazil.
  • Anugerah individu tertinggi pernah diraih oleh Ronaldo adalah Pemain terbaik dunia pada tahun 1996,1997 & 2002
  • Antara kelab yang pernah disertai oleh Ronaldo adalah Barcelona, Inter Milan, Real Madrid & AC Milan.