Showing posts with label Isu Viral. Show all posts

“Dalam Perut Takkan Jadi Keras,” Ahli Kimia Sangkal Dakwaan Wanita, Boba Boleh Keras Dalam Perut



Tengah hangat diperkatakan di media sosial tentang isu ‘boba’ yang didakwa oleh segelintir golongan ia menjadi keras seperti batu setelah semalaman berjemur di bawah pancaran matahari.
Video yang tular berdurasi lebih 1 minit itu telah menjadi tanda tanya para peminat ‘boba tea’ sehinggakan ada yang risau jika makanan tersebut tidak hadam di dalam perut.

Seorang pengguna Facebook, Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia telah tampil memberi penjelasan mengenai mengapa boba yang didakwa dua wanita itu menjadi keras seperti batu.

“Bubble dibuat dari tepung ubi, komponen utama dia kanji.”

Pernah beli boba yang belum dimasak? Keras kan? Tapi taklah sekeras yang sudah direbus dan kering semula.
Menurut ahli kimia ini, sebenarnya boba yang berulang-ulang dipanas-sejuk akan menjadi lebih keras kerana penyusunan semula (rearrangement) struktur molekul kanji berlaku.
Hal ini akan menyebabkan ikatan antara struktur kanji makin padat yang mana terlihat dari fizikalnya yang mengeras.

Tambahnya lagi, dalam perut tidak akan menjadi keras seperti mana yang didakwa dalam video tersebut.

Kenapa jadi macam itu?
Kerana dalam perut kita ada cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia semulajadi (aka enzim, hormon, asid, alkali…) yang bertungkus lumus menjalankan proses penghadaman. Cuma ianya akan mengambil masa yang lama sedikit untuk dihadam.
Tambahnya lagi, jika ingin membantu proses penghadaman bebola bubble ini, maka kunyahlah lama-lama. Aktiviti mengunyah lama-lama ini akan mengecilkan saiz bebola bubble serta memberikan ruang dan masa yang cukup untuk enzim dalam air liur berinteraksi dengan struktur kanji. Ini akan memudahkan proses pencernaan seterusnya dalam sistem penghadaman
Pesannya, mohon pengemar ambil peduli tentang kandungan gula yang terdapat dlaam minuman ini. Makan dan nikmatilah namun lebihkan bersedehana. Ingat, segala yang berlebihan membawa mudarat.

RARE!! Restoran Steamboat Dengan Konsep ‘Mencari Jodoh’ Dibuka Di Johor

the-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-3-tile

Lupakan Tinder atau aplikasi mencari jodoh yang lain, kini ada cara lebih seronok untuk mengenali teman baru bagi yang single dan kesunyian.


Jika ‘steamboat’ adalah makanan yang biasanya dimakan bersama teman, sebuah restoran shabu-shabu yang telah dibuka di Johor kini membenarkan orang single menikmati hidangan itu seorang diri tanpa rasa janggal.
Lebih menarik, restoran bernama Happiness Mini Shabu-Shabu itu menggunakan konsep ‘mencari jodoh’ di mana pelanggan yang makan berseorangan berpeluang untuk bertemu rakan baharu.
Caranya adalah pelanggan akan ditempatkan di satu meja yang mempunyai tirai kayu memisahkan mereka dengan meja hadapan.
the-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-3
Tirai kayu berkenaan boleh dibuka dan ditutup oleh kedua-dua belah meja mengikut kehendak diri jika mereka ingin bersemuka dengan orang yang tidak dikenali, dan mereka akan dapat berkenalan sambil makan bersama-sama.
bithe-match-making-shabu-shabu-world-of-buzz-1024×683
Pelanggan juga boleh menutup tirai dan makan sendirian jika tidak berminat untuk mengenali atau berbual dengan orang yang duduk di hadapan mereka.
Konsep restoran menarik ini berasal dari China dan pertama kali dibuat di Malaysia.

Wakil trofi BTS kena hentam, peminat KPOP bengang dengan netizen Malaysia


Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 32) yang berlangsung malam tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyaksikan Mira Filzah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.



Selain itu, salah satu kategori iaitu Artis Korea Popular pula berpihak kepada Bangtan Boys (BTS) yang mempunyai wakil bagi menerima trofi berkenaan.



Kelab peminat yang menggelarkan diri mereka sebagai ARMY sudah tentu berbangga dengan kejayaan kumpulan yang dianggotai tujuh ahli itu kerana berjaya menewaskan nama besar seperti BlackPink.

Anugerah pertama di Malaysia!


Tahniah kepada ARMY Malaysia!



Saya amat berbangga!


Walau bagaimanapun, wakil yang naik ke atas pentas berprestij bagi menerima trofi tersebut telah mengundang perhatian majoriti penonton.
Difahamkan wanita dikenali sebagai Mastura Jamil itu merupakan ‘orang kuat’ ARMY yang berjaya mewakili puluhan ribu peminat BTS di Malaysia.
Tetapi kehadiran wanita berkenaan agak kurang disenangi netizen yang disifatkan agak keterlaluan atau terlebih teruja ketika memberi ucapan di atas pentas.

Akak mana entah tu?


Kalah artis yang menang



‘Over’ la akak ni



 Aku pula yang malu
Akak tu okay tak?

 Namun terdapat juga segelintir penonton mempersoalan kaitan antara industri muzik Korea dengan pengiktirafan anugerah di negara ini.

ABPBH mengarut apa ni?




Anugerah paling b*doh!




 Tidak berdiam diri, sebaliknya beberapa ARMY tampil berkongsi posting di laman Twitter dengan meluahkan rasa kesal terhadap netizen yang memandang rendah kredibiliti KPOP yang menjadi satu bahan lawak.

Tak perlu melawak!




Kenapa perlu ‘body shaming’?




Belajar hormat orang!


Sumber : Twitter , ohmymedia

Pusat pameran gantung Jalur Gemilang secara terbalik,di Kompaun RM500 dan diberi amaran.



KUANTAN: Sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap di sini, yang didapati memasang Jalur Gemilang terbalik baru-baru ini, dikompaun RM500.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata surat amaran turut diberikan kepada pihak pengurusan premis terbabit untuk memastikan insiden berkenaan tidak berulang.

Katanya, MPK juga mengesahkan menerima jawapan surat tunjuk sebab dari pusat terbabit seperti yang diarahkan.
“Berdasarkan kesalahan dilakukan pihak pengurusan premis itu, MPK mengenakan kompaun RM500 dan memberi surat tunjuk sebab kepada pusat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, tersebar di media sosial mengenai pemasangan dua bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik sebelum ia disedari pemilik premis yang bertindak menurunkannya.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat netizen, sebelum syarikat itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf menerusi Facebook (FB).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda, berkata dalam syarat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), ada dinyatakan bahawa pelesen atau pemilik premis perlu memasang bendera Jalur gemilang dan bendera negeri sempena Hari Kebangsaan atau Hari Keputeraan Sultan Pahang.
“Pemilik premis perniagaan juga boleh dikompaun maksima RM500 atas kesalahan atau digantung lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Kantoi Buang Pampers!!!


Seorang pemuda yang berkemungkinan warganegara Singapura 'KANTOI' apabila membuang lampin pakai buang anaknya di bonet kereta lain.Gelagat beliau telah dirakam dari 'rear camera' kereta mangsa berkenaan.

Video berkenaan tular dan dimuat naik oleh Jonathan Lee.

Daripada rakaman kamera terbabit,pemuda berkenaan tidak mengetahui kereta berkenaan mempunyai 'rear camera ' dan sedang merakam perbuatan terbabit.Yang lebih menggelikan hati,pemuda berkenaan menggunakan skill yang memboleh mata manusia tidak perasan akan perbuatannya.

Ekoran video yang tular ini,ramai yang mengecam perbuatan pemuda berkenaan.berikut antara kecaman netizen netizen.



Mari kita lihat video berkenaan :






Kes Kayu Besball !!! DIDAKWA KERANA MEMBUNUH,,



KAJANG: Seorang lelaki dituduh atas kesalahan membunuh hari ini selepas didakwa menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir selepas pergelutan di kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan pada 10 Ogos lepas.
Menurut laporan The Star, lelaki tersebut Yew Wei Liang didakwa dibawah seksyen 302 kanun kesiksaan yang membawa hukuman mandatori sekiranya didapati bersalah.

Pertuduhan dibacakan di hadapan majistret, Nor Afidah Idris yang menetapkan 27 September depan untuk sebutan kes.
Kes tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Awam, Siti Noor Hafizan Zakaria manakala tertuduh diwakili peguam S. Selvam dan Varghese Onny.
Tertuduh berpakaian kemeja T hitam, tiba di majistret Kajang pada jam 9 pagi yang dibawa dari penjara Sungai Buloh.
Beliau menundukkan kepalanya sepanjang dibawa ke kamar mahkamah.
Insiden yang mendapat perhatian ramai pihak itu berlaku diantara arwah Syed Muhammad Daniel dengan Yew pada jam 1.45 pm, 10 Ogos berdekatan Tol Sungai Besi lebuh raya PLUS.
Kedua mereka dikatakan terlibat dalam insiden kejar mengejar di mana kedua kereta berhenti pada akhirnya.
Pergelutan berlaku diantara kedua mereka yang kemudian dileraikan oleh pengguna lebuhraya lain..
Keduanya selepas itu kembali ke kenderaan masing-masing sebelum Syed Muhammad dikatakan keluar dari keretanya dengan bet besball dan mula memukul bahagian depan kereta tertuduh.
Tertuduh kemudian menekan pedal minyak kereta, merempuh Syed Muhammad Daniel yang kemudiannya terhimpit diantara kereta tertuduh dengan penghadang jalan.
Syed Muhammad Daniel dibawa ke Pusat PErubatan Nilai dan menghembuskan nafas terakhir pada hari yang sama.

Man charged with murder in fatal Bangi road rage incident



A 41-year-old man involved in a high-profile fatal road rage incident on the North South Expressway (NSE) in Bangi, recently, was charged at the Magistrate's Court here, today. -- NSTP/Aizuddin Saad
By Rahmat KhairulrijalEsther Landau - KAJANG: A 41-year-old man involved in a high-profile fatal road rage incident on the North South Expressway (NSE) in Bangi, recently, was charged at the Magistrate's Court here, today.
However, no plea was recorded from Yew Wei Liang when the charge was read to him before magistrate Nor Afidah Idris.
Yew, clad in a black shirt, was calm as he was ushered into the dock by policemen at about 10.30am.
According to the charge sheet, the accused allegedly murdered Syed Muhammad Danial Syed Shakir near KM293.6 of the North South Expressway (NSE) between 1pm and 2pm on Aug 10.
The offence falls under Section 302 of Penal Code, which carries the mandatory death penalty.
Deputy public prosecutor Siti Noor Hafizan Zakaria prosecuted, while the accused was represented by S. Selvam and O. Varghese.
During the proceeding today, Selvam lodged a complaint to the court that his client had been beaten and abused by police during interrogation.
"Our client was forced to admit to the murder offence by police when he was admitted at the Kajang Hospital.
“Thus, we are seeking the court to hear our complaint under Section 131 of the Criminal Procedure Code," he said.
Meanwhile, Varghese said tampering of evidence might have occurred as Yew's father-in-law claimed that he received a phone call from the accused's wife.
"The phone should be under police's possession during the probe," he said.
When met after the proceeding, Varghese declined to elaborate on the complaint filed by him and his colleague.
"We cannot explain further, but we will lodge a police report regarding this issue," he said.
No bail was offered to the accused as the offence is non-bailable.
Yew was sent to the Sungai Buloh prison.
The court then fixed Sept 27 for mention and to hear the complaint by the defence.
The Aug 10 incident began as a fender bender between Syed Muhammad Danial and Yew near the Sungai Besi toll plaza.
Both vehicles were then involved in a high-speed chase, until both drivers stopped and engaged in a physical altercation, which was broken up by other motorists.
Syed Muhammad Danial and the suspect eventually returned to their respective cars – but the former, still displeased, allegedly alighted from his car armed with a baseball bat, and began swinging at the front portion of the suspect’s car.
In response, the suspect allegedly accelerated his vehicle, which rammed into Syed Muhammad Danial, pinning him between the suspect's car and the road divider.
Syed Muhammad Daniel later died at the Nilai Medical Centre.





Source : Bernama, News Straits Times

Kejutan Buat Bakal Suami!!!!



Menuju ke gerbang perkahwinan semestinya satu cabaran untuk golongan muda dalam mengumpul kewangan. Sesiapa yang pernah menghadapinya sudah tentu memahami situasi genting tersebut.


Menuju ke gerbang perkahwinan semestinya satu cabaran untuk golongan muda dalam mengumpul kewangan. Sesiapa yang pernah menghadapinya sudah tentu memahami situasi genting tersebut.

Buat kejutan untuk bakal suami

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang gadis mengenai tunangnya yang memendam hasrat membeli permainan video PS4 disebabkan ingin berjimat bagi majlis perkahwinan mereka.
Menyedari pengorbanan bakal suaminya itu, gadis tersebut telah menghadiahkan satu set PS4 kepada lelaki tersebut sebagai kejutan hari lahirnya.


Bakal berkahwin tak lama lagi

Tambah gadis tersebut yang dikenali sebagai Fiezabahari, majlis perkahwinan mereka tinggal lagi dua bulan dari sekarang dan berharap agar orang ramai mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

Benda paling best dalam perhubungan

Sehubungan dengan itu, ramai warganet telah menurunkan komen diruangan Twitter gadis itu memuji tindakannya yang menghargai bakal suami kerana sedang bersusah payah ingin menghalalkan dirinya.
Ada juga diantara mereka menceritakan situasi sama dan sempat mendoakan kebahagian Fiezabahari dan tunangnya.
Menuju ke gerbang perkahwinan semestinya satu cabaran untuk golongan muda dalam mengumpul kewangan. Sesiapa yang pernah menghadapinya sudah tentu memahami situasi genting tersebut.

Buat kejutan untuk bakal suami

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang gadis mengenai tunangnya yang memendam hasrat membeli permainan video PS4 disebabkan ingin berjimat bagi majlis perkahwinan mereka.
Menyedari pengorbanan bakal suaminya itu, gadis tersebut telah menghadiahkan satu set PS4 kepada lelaki tersebut sebagai kejutan hari lahirnya.
Video Player
00:09
01:00

Bakal berkahwin tak lama lagi

Tambah gadis tersebut yang dikenali sebagai Fiezabahari, majlis perkahwinan mereka tinggal lagi dua bulan dari sekarang dan berharap agar orang ramai mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

Benda paling best dalam perhubungan

Sehubungan dengan itu, ramai warganet telah menurunkan komen diruangan Twitter gadis itu memuji tindakannya yang menghargai bakal suami kerana sedang bersusah payah ingin menghalalkan dirinya.
Ada juga diantara mereka menceritakan situasi sama dan sempat mendoakan kebahagian Fiezabahari dan tunangnya.

Suami pun suka main game

Saya jadikan PS4 hantaran

Sumber : Fiezabahari

Daging Maut, Ayam Melecur

Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my

Daging Maut, Ayam Melecur, Udang Meletop! Biar betul? Tatkala mendengar menu yang sering menjadi pilihan pelanggan, memang timbul pelbagai persoalan mengenai hidangan yang mempunyai nama ‘maut’ itu.

Namun, itu kebenarannya. Nama hidangan ‘signature’ restoran Tumis@Teak 5 yang dibuka pada 2012 di Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur ini bukan saja unik, malah rasanya juga ‘terangkat’.
Tertarik dengan hidangan Nasi Daging Maut dan mahu merasai sendiri apa yang ‘maut’ itu, penulis mengatur masa untuk berkunjung ke restoran yang mengetengahkan pelbagai makanan tradisional ini.
Sekilas pandang, hidangan Daging Maut yang lengkap dengan nasi dan telur dadar ini seperti menu daging masak hitam. Namun, selepas merasainya, ia memang ‘maut’.
Tahap pedas masakan maut ini memang tidak boleh dipertikaikan sehingga pelanggan yang gemar makan pedas juga tidak tahan, tetapi yang peliknya, ia sangat sedap.
Pemiliknya, Norhayani Mohd Noor berkata, Nasi Daging Maut antara menu paling digemari pelanggan termasuk dari luar negara seperti Singapura dan Perancis.
Menurutnya, resipi rekaannya sendiri ini dinamakan sedemikian bagi menggambarkan hidangan itu sangat pedas.
“Untuk memasak juadah ini, selain bawang merah, bawang putih, serai dan kicap manis, cili padi yang banyak digunakan menjadi bahan utamanya.
“Jika daging yang dimasak seberat empat kilogram (kg), saya gunakan cili padi separuh daripada berat daging iaitu 2kg,” katanya.
Selain pedas, hidangan itu juga unik kerana ia dimasak tanpa menggunakan garam dan gula.
“Biasanya, makanan pedas akan diletakkan sedikit gula, tapi Nasi Daging Maut tidak menggunakannya kerana digantikan dengan kicap manis.
“Daging dimasak lebih empat jam supaya empuk dan semua bahan masakan sebati terutama cili padi,” katanya.
Hidangan Ayam Melecur dan Udang Meletop juga menggunakan konsep sama - ayam dan udang sangat pedas.

Selain itu, Nasi Ambeng antara hidangan yang mendapat permintaan tinggi.
Menariknya, selain dihidangkan di dalam talam, nasi ambeng di sini berkuah berbanding biasanya kering.
Masih mengekalkan bahan utama nasi ambeng iaitu sambal dan mi goreng, lauk utamanya berkuah iaitu ayam masak lemak cili api.
“Kalau ikutkan kepada penyediaan asal nasi ambeng terutama bagi masyarakat Jawa di Singapura, lauk yang dihidangkan biasanya kering.
“Namun, bagi memenuhi selera masyarakat tempatan yang suka makanan berkuah, ia diolah sedikit dan ayam masak lemak cili api dipilih menjadi menu utamanya,” katanya.
Ditanya kenapa penyediaan hidangan di restoran itu pedas, Norhayani yang mesra dipanggil Kak Yani berkata, idea itu timbul selepas sukar mencari restoran yang menyajikan makanan yang betul-betul pedas dan dimasak seperti di rumah.
“Dengan andanya pelbagai menu pedas di Tumis@Teak 5, penggemar makanan pedas boleh merasai sendiri ‘sengat’ dan keenakan menu ditawarkan,” katanya.
Penggunaan bahan masakan segar dan dibuat sendiri tanpa penggunaan pes dan bahan perisa menjadikan makanan disajikan cukup menyelerakan.
Menu lain yang perlu dicuba ialah Nasi Ayam Cili Kering, Nasi Ayam Melecur, Nasi Udang Meletop dan Nasi Chicken Cashewnut.
Apa yang menarik, selesai menjamu selera, loceng klasik bersaiz besar di kaunter bayaran akan dibunyikan bagi meraikan pelanggan yang berjaya menikmati hidangan ‘super’ pedas itu.
Restoran ini juga menyajikan pelbagai lauk tradisional bagi pengunjung terutama pada waktu makan tengah hari.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 November 2015 @ 10:47 AM