Isu Viral

Pusat pameran gantung Jalur Gemilang secara terbalik,di Kompaun RM500 dan diberi amaran.

August 26, 2019 Paduu Toqq 2 Comments



KUANTAN: Sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap di sini, yang didapati memasang Jalur Gemilang terbalik baru-baru ini, dikompaun RM500.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal, berkata surat amaran turut diberikan kepada pihak pengurusan premis terbabit untuk memastikan insiden berkenaan tidak berulang.

Katanya, MPK juga mengesahkan menerima jawapan surat tunjuk sebab dari pusat terbabit seperti yang diarahkan.
“Berdasarkan kesalahan dilakukan pihak pengurusan premis itu, MPK mengenakan kompaun RM500 dan memberi surat tunjuk sebab kepada pusat terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sebelum ini, tersebar di media sosial mengenai pemasangan dua bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik sebelum ia disedari pemilik premis yang bertindak menurunkannya.
Tindakan itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat netizen, sebelum syarikat itu mengeluarkan kenyataan permohonan maaf menerusi Facebook (FB).
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Abdul Rahim Muda, berkata dalam syarat lesen pihak berkuasa tempatan (PBT), ada dinyatakan bahawa pelesen atau pemilik premis perlu memasang bendera Jalur gemilang dan bendera negeri sempena Hari Kebangsaan atau Hari Keputeraan Sultan Pahang.
“Pemilik premis perniagaan juga boleh dikompaun maksima RM500 atas kesalahan atau digantung lesen perniagaan jika gagal berbuat demikian,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

2 comments:

  1. I read your recent article about foods that improve Eyesight and sincerely appreciated its message. I can always identify such type of experiences in my own family with those you describe. Your articles help us realize that our problems are typical, and we can solve them in constructive ways. If you feel any Eye problem you should consult the best eye specialist. I personally know the best eye specialist in Lahore

    ReplyDelete
  2. I read your recent article about food that improve your Eyesight and sincerely appreciated its message. I can always identify such type of experiences in my own family with those you describe. Your articles help us realize that our problems are typical, and we can solve them in constructive ways. If you feel any Eye problem you should consult the best eye specialist. I personally know the best eye specialist in Lahore

    ReplyDelete