Tips & Info
PETUA RUMAH TANGGA: UNTUK ISTERI / BAKAL ISTERI
- Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
- Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai)
- Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
- Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
- Ruangkan masa yang betul-betul �berkualiti� sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
- Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
- Masak resepi ibu mertua ( kegemaran suami )sekali-sekala.
- Beri pujian terhadap penampilan suami � rambut, wajah, pakaian,kacak,kesederhanaan dan seumpamanya
- Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
- Minta bantuan suami hanya jika sesuai � sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.
- Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
- Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. ( Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )
- Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (Sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian )
- Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang -kurangnya 2 kali sehari.
- Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
- Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )
- Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.
- Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
- Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.
- Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
- Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.
- Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.
- Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam ( walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
- Bila meminta bantuan suami :- * terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. * Beri pilihan kerja yang disukainya. * jangan menyuruh-nyuruh * gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.
- Pesan ke suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.
- Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama walaupun suami berbau busuk, diamkan saja dan terima dengan hati yang sabar.
- Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.
- Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
0 Comments: