Kesihatan

Anda Baru Bermula sebagai seorang Pelari?Jom Lihat 10 Tips bagi seorang 'beginner'

October 02, 2019 Paduu Toqq 0 Comments


Adakah anda baru berjinak jinak dengan dunia LARIAN??Tahniah .Kami di Resipi Media Goreng yang di taja oleh  #KitaLariSamaSama ingin memberikan 10 panduan kepada anda sebagai pelari 'beginner'

SELAMAT MENCUBA




TIPS LARIAN 1 : UTAMAKAN KESELAMATAN
Image result for patient and doctor communication
Jumpa doktor dan pastikan kesihatan anda di tahap yang membolehkan anda melakukan larian supaya anda tiada apa apa halangan kesihatan yang membahayakan anda ketika melakukan larian.





TIPS LARIAN 2 : DAPATKAN KASUT LARI YANG BERKUALITI
Image result for nike running shoes

Pemilihan kasut larian yang salah membolehkan anda mendapatkan kecederaan ketika berlari.Jika boleh,dapatkan kasut larian anda di kedai yang membenarkan anda anda mencuba dengan menggunakan treadmill sebelum anda membeli.Terdapat pelbagai jenama sukan yang mengeluarkan 'running shoes' antaranya Nike,Adidas,Puma,Brook dan sebagainya.Kami akan menyediakan article mengenai 10 kasut Larian terbaik di episode yang akan datang.




TIPS LARIAN 3 :JANGAN MALU UNTUK BERJALAN
gambar sekadar hiasan
Anda tidak perlu berlari sepanjang 15KM tanpa henti mengejar sebagai the first finisher.Mulakan dengan teknik berlari selama 5minit dan diikuti dengan berjalan selama 5minit untuk tempoh 30minit.Selepas dua minggu,kurangkan kadar berjalan dan tingkatkan masa berlari dengan perlahan.




TIPS LARIAN 4 : JANGAN GOPOH
gambar sekadar hiasan

Anda dinasihati berlari dengan perlahan dan jangan gopoh untuk menamatkan larian.Perlu dingatkan anda sebagai seorang 'beginner' dalam bidang larian.JANGAN memecut dengan tak tentu hala bagi mengelakan kecedaraan.



TIPS LARIAN 5 : DAFTAR ACARA LARIAN
Banyakkan cari group untuk acara larian.Terdapat banyak event2 dari organizer yang hebat2.Tetapi perlu dingatkan pastikan organiser terbabit pernah melakukan event yang besar dan berjalan lancar.Kami ada dimaklumkan ada pihak tertentu melakukan scam untuk event2 larian.Anda boleh mendapatkan acara acara larian di page facebook Kita Lari Sama Sama dan Pelikat Batik Run.




TIPS LARIAN 6 : MEMBUAT SENAMAN SELAIN DARI LARIAN
Image result for riding bicycle
Bangkitkan otot otot yang lain juga!!.Lakukan senaman kekuatan (Strength-training) dua kali seminggu dan juga aktiviti fiikal yang lain seperti berbasikal,memanjat tangga atau latihan eliptikal sekali atau dua dalam seminggu 



TIPS LARIAN 7 : MAKAN UNTUK LARI
Image result for eating before running race
Setiap orang mempunyai tidak balas yang berbeza terhadap pelbagai makanan.Ada yang boleh makan apa sahaja sebelum berlari tanpa sebaang masalah dan ada juga yang sensitif terhadap sesetengah makanan..Sebagai panduan umum,ambil makanan berkabohidrat sejam sebelum aktiviti larian.dan selepas 30 minit berlari,ambil makanan berkarbohidrat dan protein untuk mengembalikan tenaga yang hilang.




TIPS LARIAN 8 : MINUM SECUKUPNYA
 Image result for runner drinking water
Jangan tunggu rasa dahaga untuk mula minum air.Minum air sebelum dan semasa aktiviti larian.Jika aktiviti larian melebihi sejam dan mengeluarkan peluh yang banyak,anda digalakkan mengambil minuman isotonik seperti 100plus untuk mengembalikan garam yang hilang semasa berlari




TIPS LARIAN 9 : ALAH BISA,TEGAR BIASA
Image result for MUSSLE PAIN WHILE RUN
Perkara yang sukar apabila kerap kali dilakukan,atau kerap kali berlatih akan terasa mudah.Rasa sakit selepas senaman berat adalah NORMAL.Rehatkan diri sehari dua dan mulakan latihan semula.Cabar diri anda dan tingkatkan kadar senaman secara berperingkat





TIPS LARIAN 10 : ENJOY
Elakkan kebosanan dengan mendapatkan teman berlari,sertai kelab larian,berlari menggunakan treadmill dan berlri di luar rumah dengan berselang seli,mencuba jalan larian yang baru,membeli kasut larian baru,berlari dengan alatan track your step,berlari dengan musi dan sebagainya.Apa yang penting,kita ENJOOOYYYYY


#KITALARISAMASAMA



0 Comments: